Robin Van Persie - Arsenal

Robin Van Persie - Arsenal

Monday 2 May 2011

Arsenal 1 Manchester United 0



PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey (jersi No. 16) menyaksikan bola rembatannya melepasi jangkauan penjaga gol Manchester United, Edwin Van der Sar di Stadium Emirates, semalam. Arsenal menang 1-0. - AP


LONDON - Pemain antarabangsa Wales, Aaron Ramsey menghidupkan kembali sisa-sisa peluang Arsenal bagi meraih kejuaraan Liga Perdana England (EPL) apabila jaringannya pada minit ke membenam musuh ketat mereka, Manchester United 1-0 di Stadium Emirates, semalam.

Kemenangan itu juga sekali gus membuka ruang buat jiran Gunners, Chelsea kembali mencabar United dalam kejuaraan liga dengan hanya dipisahkan tiga mata.
Kedua-dua pasukan bakal bertembung di Old Trafford pada 8 Mei ini dan sekiranya Chelsea berjaya mengatasi United, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu akan mengatasi kedudukan Red Devils dengan liga hanya berbaki dua perlawanan.

Walaupun Arsenal turun tanpa khidmat ketua pasukan, Cesc Fabregas yang mendapat kecederaan pada sesi latihan, taktikal Arsene Wenger menurunkan Aaron Ramsey bagi mengisi slot yang ditinggalkan oleh pemain Sepanyol jelas berbaloi.

Dia dan Jack Wilshere bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan banyak menghalang barisan tengah United mengaturkan serangan berbahaya ke arah kubu Arsenal di samping penjaga gol muda Gunners, Wojciech Szczesny turut bertindak cemerlang.

Gol Arsenal hadir menerusi gerakan Robin van Persie yang melarikan bola di sebelah kiri sebelum melorong bola buat Ramsey yang tidak dikawal.
Ramsey dengan tenang berjaya melepaskan rembatan ke arah sebelah kanan dari jarak 15 meter dan gagal dijangkau penjaga gol United, Edwin van der Sar bagi memberikan gol kejayaan Arsenal.

Itu merupakan gol kedua peribadi Ramsey pada musim ini pulih selepas berehat panjang akibat kecederaan patah kaki yang dilakukan oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross pada musim lalu.

Peluang terbaik United hadir menerusi sepakan percuma pada minit ke-49 tetapi Szczesny pantas menafikan Red Devils mendapatkan gol dan dia turut bertindak bijak menahan percubaan Nani dari jarak dekat melalui gerakan serang balas pada minit ke-77.

No comments:

Post a Comment